Bahan utama untuk menghasilkan kek span adalah telur,gula,tepung dan sedikit lemak. Kek span dipercayai berasal daripada Perancis.Secara tradisonal kek span tidak dimasukan dengan bahan penaik seperti baking powder dan soda bikarbonat.Hal ini kerana kek span tradisonal menggunakan kaedah memukul telur sehingga kembang bagi menghasilkan tekstur yang lembut serta menjadikan telur sebagai ejen penaik bagi kek tersebut.
Sekarang kek span boleh dihasilkan dengan dua kaedah iaitu menggunakan kaedah asas ( iaitu menyukat setiap bahan mentah) atau menggunakan sponge mix ( cuma tambah cecair) yang sekarang banyak dijual dipasaran.Oleh kerana rasanya yang lembut dan gebu serta tidak terlalu manis menjadikan kek span sesuai dijadikan asas kepada pelbagai jenis kek yang dihiasi dengan fresh cream serta butter cream.
Fungsi bahan mentah utama dalam kek span
Telur
- Penggunaan telur dalam kek span adalah berfungsi bagi menahan udara supaya kek dapat naik dengan sempurna.Bahan penaik seperti baking powder dimasukan sedikit bagi membantu proses ini.
- telur juga berfungsi sebagai perasa bagi kek span iaitu melalui kuning telur yang mempunyai rasa lemak yang enak.
Gula
- Gula yang digunakan dalam kek span kebiasaannya adalah gula kastor.
- Gula kastor mempunyai fingsinya yang tersendiri dalam penyediaan kek span, selain memaniskan kek gula kastor juga berfungsi bagi melembutkan gluten didalam tepung.
Tepung
- Tepung yang digunakan hendaklah mempunyai nisbah kanji dan protine yang seimbang kandungan gluten yang seimbang akan menghasilkan kek span yang gebu ringan dan lembut serta mempunyai rongga udara yang kecil.Manakala sekiranya berlebihan ianya akan menyebabkan kek menjadi keras dan kenal apabila disentuh
- Tepung hendaklah diayak terlebih dahulu sebelum digunakan ini berfungsi bagi memasukan udara kedalam kek span.
Lemak
- Jenis lemak yang biasa digunakan dalam penyediaan kek span adalah mentega cair dan minyak sayur
- Lemak dimasukan kedalam kek span bukan sahaja berfungsi sebagai perasa namun ianya juga berfungsi sebagai naik turunnay kek span tersebut, ini kerana sekiranya kaedah memasukan minyak salah ini akan menyebabkan kek menjadi mampat dan keras.
- Kandungan minyak yang dimasukan hendaklah 2/3 daripada jumlah gula.
Perisa dan Pewarna
- Kek span yang asas adalah perisa vanilla dimana hanya dimasukan sedikit perisa vanilla dan tidak bewarna
- sekiranya hendak membuat kek yang bahan perisanya berbentuk tepung seperti coco powder maka jumlah tepung hendaklah dikurangkan mengikut kandungan bahan perasa. namun kebiasaannya jumlah yang dimasukan adalah 50 gm
- sekiranya ingin memasukan bahan seperti kekacang tidak perlulah dikurang sebarang bahan mentah cukup lah sekadar memastikan kandungan kekacang sesuai dengan berat adunan iaitu 30 gm serbuk kekacang untuk 85 gm tepung.
RESEPI
Vanilla Sponge Cake ( Sponge Mix )
Bahan A
Sponge Mix 500 gm
Telur 500 ml
Air 125 ml
Bahan B
Minyak Jagung 125 ml
Cara-cara
- Putar semua bahan A sehingga gebu dan kembang.
- Masukan bahan B dengan menggunakan spatula dan gaul sebati
- Bakar pada suhu 180 selama 45 minit atau sehingga masak.
Vanilla Sponge Cake
Bahan A
Telur 8 biji
Gula 250 gm
Air 100 ml
Ovallate 25 gm
Bahan B
Tepung Gandum 250 gm
Baking Powder 1 tsp
Garam Secubit
Bahan C
Minyak Jagung 125 ml
Esen Vanliia 1 tsp
Chocolate Sponge Cake
Bahan A
Telur 8 biji
Gula 250 gm
Air 100 ml
Ovallate 25 gm
Bahan B
Coco Powder 50 gm
Baking Powder 1 tsp
Garam Secubit
Bahan C
Minyak Jagung 125 ml
Cara-cara
- Putar semua bahan A sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan bahan B dan putar sehingga sebati
- masukan bahan C dan gaul menggunakan spatula.
- bakar dengan suhu 180 selama 45 minit atau sehingga masak.
Terima kasih atas resipinya
BalasPadam500ml telur maksudnye brape biji?
BalasPadamBest Online Casino Sites | Slots, Blackjack, Roulette | Lucky Club
BalasPadamLucky Club is one of the most popular casinos of 2017 with over 80 games. The casino is part of Lucky Club and they have been operating luckyclub.live since 2017, so you can check