Sweet Paste merupakan sejenis doh lembut yang diperbuat daripada tepung,gula,telur dan butter
Ciri-ciri sweet paste
- Mempunyai struktur yang rapuh dan rasa yang manis
- Dihasilkan dengan menggunakan tepung yang lembut.
- Menggunakan kaedah Creaming method iaitu memutar gula dan butter sehingga kembang
- Namun begitu adunan tersebut tidak diputar terlalu lama kerana hanya sedikit sahaja udaya yang diperlukan.
Nama lain bagi Sweet Paste adalah Tart Shell ini kerana kebanyakan tart menggunakan sweet paste sebagai doh... namun begitu tart yang sesuai menggunakan sweet paste adalah tart yang berunsurkan manisan, manakala tart yang berunsurkan lauk atau masin dan pedas menggunakan doh short crust
KESALAHAN DALAM MENYEDIAKAN SWEET PASTE
Sweet Paste menjadi keras
- Kadar lemak atau telur tidak mencukupi
- Kadar bahan pelembap tidak mencukupi
- Kadar bahan pelembap berlebihan
- Adunan diputar terlalu lama
Sweet Paste menjadi terlalu rapuh
- Kadar serbuk penaik berlebihan
- Kadar lemak berlebihan
- kandungan gula yang tinggi
- adunan digaul tidak rata
Sweet Paste berminyak dan lembap
- Kadar cecair berlebihan
- Suhu ketuhar terlalu sejuk
- Masa membakar terlalu pendek
RESEPI
S"BERRY CHEESE TART
Sweet Paste
Butter 220 gm
Gula kastor 150 gm
Telur 1 biji
T.gandum 400 gm
- Putar butter dan gula sehingga sebati
- masukan telur dan gaulkan
- masukan tepung dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
- sapu acuan tart dengan butter
- ambil sedikit aduan dan bulatkan
- tekan dalam acuan sehingga menutupi keseluruhan acuan dan nipis.
- cucuk dengan garfu supaya tart sheel tidak mengelembung
- bakar pada suhu 180 selama 10 minit.( separuh masak)
Cheese tart filling
Cream Cheese 250 gm
gula 50 gm
telur 1 biji
fresh cream 50 gm
- putar semua bahan sehingga sebati
Cara menyediakan
susun Sweet paste dalam dulang
letakan sedikit jem s'berry sebagai inti pada sweet paste
tuangkan sedikit adunan cheese tart filing kedalam sweet paste tadi
bakar pada suhu 180 selama 10 minit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan